Sunday, September 9, 2007

Skinhead history

Pada thn 50an dan 60an, terdapat sekumpulan remaja 'British' Working Class
yg digelar MOD. Mereka mempunyai imej tersendiri iatu berambut pendek &
mereka lebih ke hala kehidupan & keseronokan. Mod juga cenderung ke arah
fesyen dan terdapat sebuah lagu yg berkaitan dgn MOD iatu "DEDISATE FOLLOWER
FASHION" nyanyian KINKS. Pada akhir 60an golongan yg bergelar diri mereka
Skinheads mengubah haluan mereka daripada MOD & mereka berubah menjadi
Working Class secara total (buruh). Mereka mencukur rambut dan memakai
steel-toe. Tujuannya adalah utk keselamatan & berjaga-jaga.

Golongan Skinheads adalah terdiri drp buruh & mereka dianggap sebagai
golongan kurang bijak oleh media. Aktiviti harian Skinheads selepas bekerja
ialah berkunjung ke pub / dewan harian yg majoritinya terdiri daripada
pendatang Jamaica. Di sini mereka berkumpul dan bersembang sambil melayan
Ska. Terdapat dua benda yg amat digemari Skinheads iatu bola sepak dan beer.

Golongan awal Skinheads ialah bukan golongan racist. Permusuhan kaum hanya
terjadi jikalau terjadi persaingan. Contohnya persaingan kerja dgn pendatang
asing Pakistan (HAMMERSKIN). Tetapi bagi yg tidak terlibat, mereka masih
menikmati hidangan masakan india / pakistan seperti kari.

Terdapat satu istilah iatu Trojen Skin. Ianya satu gelaran bagi original
Skinheads. Skinheads mula merosot apabila ramai yg mula menyimpan rambut dan
berumah tangga

MOD-MODERNIST = Remaja Working Class di England pada thn 50an dan 60an.
Kebanyakan mereka terdiri drp golongan antara sekolah dan bekerja.

INDEPENDENT SKINHEADS = Sebenarnya golongan ini adalah terdiri daripada
Traditions Skinheads.(SkinTrads)

S.H.A.R.P = Pada hujung 80an, Rody Mareno telah memperkenalkan S.H.A.R.P(Skinheads Againt Racial Prejudice) di Britain. Yang membawa SHARP sebenarnya 3 org budak New York dan seorang daripadanya bernama Marcus. Di NY, SHARP memang sudah popular. Rody Moreno cuma bawak balik leaflet dan kenalkan di Britain. Objektif mereka adalah untuk memberitahu umum maksud Skinheads yg sebenarnya dan memdedahkan kepada Boneheads siapa diri mereka sebenarnya dan cuba membawa Nazi Skinheads ke arah landasan yg betul dalam Skinheads.


BONEHEADS = Sebenarnya perkataan Boneheads ada satu sindiran (munkin satu
penghinaan) dan gelaran ini ditujukan kepada golongan Nazi Skinheads.
Gelaran ini diberikan oleh golongan Skinheads yg bukan racist. Di barat
biasanya berkait rapat dengan "White Power".


WHITE POWER = White Power adalah berunsur perkauman. Ianya bermaksud kuasa
orang putih dan ianya menjadi pegangan Nazi Skinheads di barat. Sejak zaman
dahulu lagi orang putih pernah mengatakan merekalah yg bertanggungjawab
mentamadunkan umat manusia. Ini secara tidak langsung merendah-rendahkan,
memperlecehkan dan sekaligus menghina bangsa lain. Dari sini wujudlah
pertelingkahan antara kaum.
Perkataan Nazi Skinheads digunakan untuk melambangkan perkauman(racist). Sejajar
dengan perjuangan parti Nazi yg amat megah dengan bangsa Aryan dan memusuhi
bangsa Yahudi dll. Terdapat satu perkataan yg melambangkan White Power iatu
"We must secure the existance of our people and future for while children".

HAMMERSKIN = Satu lagi berunsur racist tetapi keadaan ini terjadi apabila
mereka mula terasa terancam akibat persaingan dengan Pakistan

No comments: