Sunday, September 9, 2007

Old Timer @ Otai

Pernahkah anda terdengar perkataan "otai or old-timer". Adakah anda old-timer? Pernahkah anda berjumpa dan bercakap dengan old timer? Bagaimana perasaan anda? Adakah diorang nie boleh dibawa berbincang ataupun sebaliknya? Adakah mereka agak segan atau malas untuk bergaul dengan new comers?.... Apa itu old timer?
Sebelum korang membaca apa opinions aku nie, pastikan korang jenis yg open minded sikitla. Kira jenis boleh terima pendapat orang lain.
Otai ataupun old timer adalah gelaran bagi seseorang yg follow u/g scene agak lama, kira dia nie kira seorang yg berpengalaman, orang lama, orang yg budak new comers respect, hormat dan sebagainya. Kiranya dia adalah orang lama dalam scene ini. Bagi pendapat aku, mereka nie seperti tokoh² yg lain. Cuma tokoh nie kurang dikenali oleh orang² yg berada di sekeliling kita (orang ramai).
Memangla diorang berlainan dari segala aspek. Melalui percakapan, diorang nie kurang bercakap berbanding bebudak baru, tetapi apabila bercakap mereka jarang bercakap secara beramai-ramai kerana buat apa buka cerita kepada budak yg otak tak berapa betoi. Kira selalunya mereka agak memilih jugak kawan² atau teman² mereka. Mereka agak kurang bergaul dengan bebudak baru. Yg mereka tahu, cuma mengutuk & membusted orang saja dan membincangkan pasal awek mereka. Mereka munkin fikir jika join bebudak baru saham mereka jatuh, jatuh standard, jatuh tangga dan jatuh tangga. Fuck off!!! kepada orang yg macam ni.
Ingat satu masa dulu pun kita juga pernah jadi new comers dan kita bukan tahu apa² pasal scene nie. Kita dulu pun pernah dikutuk jugak, kita juga pernah dikata poser, tapi lihat bila dalam keadaan begini mereka rasa malu. Bila kita mahu maju. Kira join bebudak baru dan just join members yg seangkatan mereka tu, bukan itu dinamakan classicism. Kira buat apa nak kutuk orang jika benda yg kita boleh tunjuk ajar kita tak ajar, kira kutuk diri sendiri lagi bagus. Nak bancuh pun bukan untuk apa, cuma nak tunjuk kemaih jer, kot la kasi knowledge skit dan nak majukan scene sendiri.
Satu lagi, kebanyakan old-timer ni kurang open minded la, mereka fikir semua idea yg datang dari hasil fikiran mereka tu semua betoi dan tidak mengaku kesilapan diri sendiri walaupun memang mereka yg salah. Kira benda ni pernah terjadi, dimana ada seorang new comers datang berjumpa dengan seorang yg kira boleh old-timer untuk berbincang tentang satu topic. Setelah beberapa minit berbincang berlaku pertelingkahan kecil diantara mereka berdua. Didalam pertelingkahan itu sudah nyata fakta yg dikeluarkan oleh mamat otai ni memang salah dan dia tidah mengaku kalah dan ashik menyatakan yg dia benar dan fakta budak tu salah. Apa ni, benda kecil pun nak gaduh ka? Buat apa nak menegangkan benang yg memang dah basah, lebih baik buang saja benang tu & ambil yg baru. Dalam perkara sebelum ini, kira mamat otai ni kena berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain walaupun betul atau salah. Kita ada otak, so baik ke buruk ke korang tak reti² nak pilih ka? Kepas tu pula jangan kita ber masam² muka pulak disebabkan benang yg dah basah tadi. Bawaklah berbincang. Jangan sampai bergaduh sudah...
Kira pada firasat akulah, lebih baik tidak ada panggilan old timer and new comers, kerana semua itu hanya dapat memisahkan dan memecahkan scene itu sendiri. Lagipun kita semua sama yg membezakan kita cuma pendapat kita, perasaan kita, fahaman kita. Satu lagi jangan terlalu megah walaupun kita menyelamai dunia bawah tanah sekian lama. Buat apa nak megah. Buang karan aje. Kata unite ini apa ni? Kira kita kena respect each other. Selagi kita tak respect orang, orang tak akan respect kita.

1 comment:

Unknown said...

agree about this 1...bkn pe sy dulu skinhead gk mse zmn kegemilangan skinhead kt malaysia ni...kire sy ni bks skinhead la tp jiwa ttp dgn skinhead...blek pd cite otai motai ni, sy sendiri mngalami situasi ni..mse sy msh new comers org2 yg menganggap dorg ni otai layan sy cm sy x layak bckp dgn dorg...pdhl dorg cume lbh dulu bpakaian fesyen skinhead ni bbpe bulan je...sal knowledge dorg mmg hampeh...gaya je lebih..dorg x tau yg ktorg sbnrnya cbe cri ilmu(knowledge) sal skinhead ni sblm join scene ni...mse 2 nk cr knowledge ni bkn ssng skrg ni...rmi kedekut nk kongsi..kne berusaha sendiri...pape pn sspe nk join scene ni cr r knowledge dlu..someday others will respect u n without knowledge u are nothing...